Amalan Mulia di Bulan Ramadhan.

Dengan lafaz Bismillah, 
Sudah hampir ke fasa terakhir di bulan Ramadan. Sudahkah kita maksimumkan untuk memanfaatkan bulan yang lebih mulia dari sebelas bulan lainnya? Sungguh sangat merugi bagi yang menyia-nyiakan bulan Ramadan.
Dalam sebuah riwayat, Allah Ta’ala menciptakan waktu-waktu istimewa dalam skala waktu yang tertentu. Dalam satu hari, ada waktu yang diistimewakan oleh Allah iaitu sepertiga malam yang terakhir.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud:-
“Rabb kita tabaroka wa ta’ala turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam terakhir, lalu Dia berkata: ‘Siapa yang berdoa pada-Ku, aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang meminta pada-Ku, pasti akan Kuberi. Dan siapa yang meminta ampun pada-Ku, pasti akan Ku ampuni’.” 
(Riwayat Bukhari no. 6321 dan Muslim no. 758)
Dalam satu minggu ada waktu yang diistimewakan Allah Ta’ala, iaitu hari Jumaat. Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabada :-
Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jum’at; pada hari ini Adam as diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari ini pula ia dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.” 
(Riwayat Muslim, no. 854)
Dalam satu bulan pun ada beberapa hari yang diistimewakan Allah Ta’ala, iaitu tiga hari (15, 16, 17) setiap bulannya. Didalamnya kita disunnahkan untuk berpuasa. Dari Abdullah bin ‘Amr, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :-
“Puasalah tiga hari dari setiap bulan. Sesungguhnya amal kebajikan itu ganjarannya sepuluh kali lipat, seolah ia seperti berpuasa sepanjang masa.” 
(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, dan an Nasai)
Terakhir adalah kelipatan setiap tahun. Dalam satu tahun ada satu bulan yang dimuliakan Allah Ta’ala. Didalamnya diturunkan Al-Quran untuk pertama kalinya. Di dalamnya pintu Syurga dibuka dan pintu Neraka ditutup. Didalamnya segala amal ibadah akan dilipatgandakan. Di dalamya jika kita panjatkan, maka akan diijabah. Tiada lain bulan tersebut adalah bulan Ramadan. Ya bulan yang kini kita sedang rasakan.
Sungguh beruntung bagi kita yang diberikan kesempatan untuk beribadah di dalam bulan Ramadan. Dalam sebuah riwayat, bahwa salah satu pintu surga ada yang bernama Ar-Rayan. Dalam hadist lain Rasulullah SAW bersabda :-
“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan karena iman dan mengharapkan pahala Allah maka diampuni dosanya yang terdahulu.”
(Riwayat Bukhari)
Dan pintu tersebut dikhususkan untuk orang- orang yang berpuasa. Selain itu, sesuai dengan akhir firman Allahla’allakum tattaquun. Sehingga hasil akhir dari puasa adalah meraih gelar taqwa. Semoga.
Ramadan seakan menjadi sarana yang paling isitmewa untuk menjadikan diri kita termasuk dari orang-orang yang bertaqwa. Bagaimana tidak? Hari demi harinya, jam demi jamnya, minit demi minitnya, detik demi detiknya menjadi waktu yang sangat istimewa dan sangat merugi kija kita lewatkan. Begitupun dengan Nabi dan para sahabatnya. Mereka tidak pernah melakukan di bulan Ramadan, kecuali amalan ibadah kepada Allah Ta’ala.
Kecintaan mereka terbukti dari kesedihan mereka ketika akan berpisah dengan bulan Ramadan. Seakan mereka ingin setiap bulan itu adalah bulan Ramadan. Selain itu terbukti dari do’a yang mereka amalkan ‘Allahumma baarik lanaa Rajaaba wa Sya’baana wa ballighnaa Ramadhan.’ Makna dari doa tersebut tiada lain adalah rasa harap akan jumpa dengan bulan Ramadan.
Di antara amalan Rasulullah pada bulan Ramadan sebagai berikut :-
1. SOLAT TERAWIH
Tidak jauh berbeda dengan solat malam yang kita laksanakan di luar bulan Ramadhan. Perbezaannya mungkin hanya dalam pengamalannya, iaitu berjama’ah. Rasulullah SAW bersabda:-
Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan (shalat tarawih) atas dasar iman dan kesucian, diampuni segala dosanya yang terdahulu” 
(Riwayat Bukhari)

Selain solat sunat tarawih berjama’ah, juga biasanya dilasanakan setelah shalat Isya berjama’ah.

2. MEMBACA AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA.
Allah berfirman yang bermaksud:-
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil).” 
(Surah Al-Baqarah ayat 185)
Maka  kita memanfaatkan waktu kita di bulan Ramadan dengan membaca Al-Quran. Dalam sebuah hadist bahawa pahala setiap huruf Al-Quran yang kita baca adalah sepuluh. Apalagi di bulan Ramadan yang penuh berkah, tentunya akan dilipat gandakan beberapa lipat. Selain itu jiwa dan hati mereka yang mengamalkan akan selalu dalam keadaan tenang. Rasulullah SAW bersabda :-
“Orang-orang yang berkumpul dalam masjid dan mereka membaca Al-Quran dan mempelajarinya bersama-sama, maka kepada mereka aan diturukan ketenengan jiwa, dilimpahkan rahmat, dikelilingi malaikat dab nereja disebut-sebut Allah di antara orang sekitarnya..” 
(Riwayat Bukhari)


3. I'KTIKAF DI MASJID
Sebuah kegiatan yang dilaksanakan di dalam masjid. Kegiatan ini diisi dengan beberapa amalan ibadah lainnya, seperti tilawah Al-Quran, dzikir, mendirikan shalat sunnah dan lain sebagainya. Dalam sebuah riwayat, Rasulullah SAW selalu melaksanakan I’tikaf. Apalagi di sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.
Hal tersebut terlihat dari sebuah hadist yang diriwayatkan dari ‘Aisyah ra. bahwa Rasulullah SAW ketika menyisir, beliau hanya mengeluarkan kepalanya saja agar bisa disisirkan oleh isterinya. Sedangkan badannya masih ada di dalam masjid agar tetap dalam keadaan I’tikaf.

4. SEDEKAH
Sedekah juga merupakan salah satu amalan mulia yang sangat-sangat digalakkan oleh Islam. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :-
“Sedekah yang paling utama (afdhal)adalah shadaqah di bulan Ramadan.” 
(HR TIRMIZI)


Dalam hadist tersebut sudah jelas makna dan apa yang harus kita lakukan. Jika seperti itu, pasti di balik amalan ibadah tersebut ada pahala yang berlipat-lipat. Jadi tidak aneh lagi jika di bulan Ramadan ini, dengan mudah kita dapati orang-orang baik yang mengeluarkan hartanya untuk sedekah.
Mungkin tak usah jauh kita ke Indonesia. Di sekitar kita, khususnya di masjid-masjid, baik besar atau pun kecil akan menyediakan ma’idatu Rohman (Hidangan kasih sayang). Di jalan-jalan pun demikian. Tidak sedikit orang-orang Mesir, ketika mendekati waktu maghrib mereka bersiap di sisi jalan untuk memberikan makanan atau minuman kepada mereka yang berada dalam perjalanan (kenderaan). Serta tidak jarang, di antara kita (masisir) ada yang mendapatkan daging firah setiap hari untuk buka puasa.
Hal tersebut tiada lain, sebuah rasa sadar terhadap keberkahan Ramadan. Mereka benar-benar tak ingin tertinggalkan keberkahan bulan tersebut. Kerana mereka tahu, tidak ada jaminan untuk tahun depan kembali lagi bertemu dengan bulan suci Ramadan.
Semoga dengan mengamalkan amalan-amalan ibadah di atas dan amalan yang lainnya, kita termasuk orang-orang yang mendapatkan tujuan puasa tersebut. La’allakum tattaquun, iaitu predikat bertaqwa. Allah berfirman yang maksudnya :-
“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah yang paling taqwa di antara kamu” 
(Surah Al-Hujurat ayat 13)


Ketika kita bertaqwa, kita pun akan menjadi orang yang paling mulia di hadapan Allah Ta’ala. Kita lihat seseorang yang dimuliakan oleh orang tuanya. Mereka diberi sebelum meminta, kebutuhannya selalu terpenuhi, hari-harinya tak lepas dari kasih sayang, selalu dilindungi. Itu mulia di hadapan manusia, apalagi di hadapan Allah Ta’ala????

Wallahu'alam

Aku ingin berhijrah.

Dengan lafaz Bismillah, 

Sejak akhir2 ni..sebenarya sejak lama lagi hati ni amat tertarik nak berniqab..macam2 persoalan timbul..yelah , ana masih baru berhijrah dari sejahil jahilnya sehinggalah sekarang tapi bukan sebab teringin berniqab tu kerana merasa diri dah cukup bagus dan bukan juga kerana nak menunjuk2 atau bertabarruj tapi menganggap berniqab sebagai salah satu jalan untuk ana mentarbiyah diri.

Ana amat percaya dengan berniqab andai niat nak mentarbiyah diri insyaallah berjaya..apa yang amat ana harapkan dengan berniqab..dengan hijab ni, Insyaallah tutur kata ana akan menjadi terkawal dan sopan...ada kelembutan yang lahir dalam diri bila berniqab nanti..insyaallah..apa yang amat ana titik beratkan di sini ialah bukan sahaja luaran saya tetapi fasa perubahan diri ni..hijrah diri ana ni biarlah berperingkat dan seiring...hijrah pakaian biarlah seiring dengan dalaman ana.




Cantik kita untuk siapa??


Dengan lafaz Bismillah,

Pandangan mata selalu menipu kita tetapi pandangan hati tidak pernah menipu bahkan ia tetap dan jujur. Kita akan melihat dan menilai seseorang itu pada kebiasaannya dengan menggunakan panca indera yang kita panggil sebagai mata. Melihat kecantikan seseorang wanita itu juga dengan menggunakan mata. Suka kita apabila ada rakan di sekeliling kita memuji kecantikan kita.

“Eh, awak cantiknya wajah awak, mulusnya kulit awak dan putihnya awak..” Begitulah lebih kurang pujian dari rakan kita.

Saya percaya lelaki mana yang tidak terpana dengan kecantikan yang ada pada wanita itu. Virus ini bukan sahaja ada pada golongan lelaki yang biasa-biasa sahaja tetapi turut tersebar pada golongan lelaki yang ber ‘agama’. Mereka memandang mengikut corak pemikiran mereka. Wanita cantik yang dibaluti dengan akhlak yang baik. Sebenarnya kecantikan itu mampu membunuh seorang wanita itu. Mahukan terlalu cantik sehingga sanggup membuat pendedahan plastik yang begitu mahal harganya. Bukan sahaja mahal dengan kiraan angka tetapi harga yang terpaksa di bayar pada muka apabila ia memberikan kesan sampingan kepada kita.

Masih ingatkah nama seperti Jocelyn Wildenstein yang telah membelanjakan sebanyak  4 juta US Dollar untuk mengubah mukanya menjadi raksasa? Masih ingatkah pada seorang wanita Korea yang bernama Hang Mioku begitu ketagih membuka pembedahan ke atas mukanya hanya untuk dilihat cantik dan akhirnya beliau menjadi seperti raksasa yang digeruni. Itu cerita figura di luar negara. Mari kita lihat di Malaysia. Saya rasa semua pasti kenal kepada nama Zila Bakarin ini. Jika anda tidak mengetahui tentang ini, anda boleh saja google di internet. Apa yang beliau nyatakan adalah beliau begitu menyesal telah melakukan suntikan terhadap wajah dan bibirnya hanya kerana untuk dilihat cantik.

Saya sengaja mengambil contoh artis di luar sana kerana mereka sudah mempunyai nama dan boleh dijadikan pengiktibaran buat kita. Ini baru sahaja sudah pandai sedikit bergaya dan bermake-upsudah tergedik-gedik ingin menayangkan kecantikan mereka itu. Untuk siapa sebenarnya kita tunjukkan kecantikan kita itu wahai kaum wanita? Untuk mendapat anugerah dan pujian dari manusia? Hanya untuk itu? Alangkah rendahnya maruah anda. Ya. Saya minta maaf, kerana jika itu yang anda inginkan anda pasti akan dapat tetapi anda mungkin lupa siapa sebenarnya si pemberi wajah kecantikan itu kepada anda. Adakah anda gunakan sebaiknya? Wajah itu dari kurniaan Allah yang maha indah maha cantik.

Mari kita lihat diri kita, sudah berapa juta gambar kita di upload di facebook, blog. Twitterdan sebagainya. Ingat kembali niat kita yang sebenarnya mengapa perlu kita mengupload gambar itu? Adakah kita ingin merakamkan kenangan abadi atau sekadar hanya ingin mendapat pujian dan likeyang tinggi. Saya menegur diri saya yang serba kekurangan ini. Wahai kaum wanita di luar sana. Anda tahu bahaya gambar anda itu apabila diupload di facebook. Anda tahu kan? Tetapi hakikatnya anda malas hendak ambil tahu. Bangga dengan jumlah like yang banyak, bangga dengan memberi saham dosa pada insan yang menekan button like itu. Alangkah ruginya kita. Untuk apa sebenarnya kita suka menayangkan wajah cantik kita itu. Untuk pujian? Untuk tatapan semua? Kita bukan artis tetapi salahkah kita menepis segala dugaan yang akan menghakis peribadi kita? Sama sahaja bagi yang bertudung, berpurdah dan gambar yang membuka aurat. Setiap hari bertukar profile picturenya. Bangga agaknya dengan pujian.

Nasihat saya jika ada yang memuji kecantikan anda itu. Jawablah dengan penuh hemah jawablah hanya kerana Allah….

Wahai sahabat, Alhamdulillah kecantikan ini hanya pinjaman dari Allah dan bukan milik saya yang kekal. Wajah cantik yang awak lihat sekarang ini nanti akan ada kedutan dan pengakhiran akan jadi makanan kepada ulat dan kala jengking. Akan kembali pada Allah. Sahabat, saya bermohon agar anda mendoakan saya, kerana saya tidak mahu sesekali menjadi fitnah pada manusia, kaum adam terutamanya.

Ukirlah kata jawapan itu dengan rasa merendah diri dan hanya kerana Ilahi bukan atas dasar inginkan simpati atau menunjukkan diri punya ilmu agama yang tinggi. Berilah nasihat walaupun ianya pahit untuk diterima.

Soal cantik itu adalah subjektif dan ia amat sukar ditafsir dengan mata. Ramai yang salah anggap apabila seseorang itu punya wajah yang cantik sudah tentu akhlaknya juga baik. Ada.. tetapi tidak semua. Bahkan rupa itu lari dari peribadinya. Rupa itu digunakan untuk menggoda, untuk meraih harta, untuk kepentingan diri dan hanya untuk kepuasan nafsu sahaja. Malang dan malang. Tetapi anugerah yang paling indah apabila wajah itu selari dengan akhlaknya kedua-duanya baik dan terdidik. Kita selalu mendengar perkataan ‘love is blind’. Itulah anugerah. Lelaki yang punya wajah yang biasa mendapat isteri yang indah wajahnya dan begitu juga dengan wanita yang punya wajah yang luar biasa mendapat suami yang indah rupanya. Itulah kurniaan Allah bagi orang yang bersabar dan menjaga akhlaknya.

Saya teringat perbualan antara saya dan kawan saya..

“Ramai orang tanya dekat aku, kenapa aku pilih awek yang biasa-biasa je muka dia”

“Kenapa?” Soal saya ringkas

“Yela, pilih yang cantik-cantik ni susah kalau dia tak pandai jaga muka, senyum dia orang rindu, muka dia sentiasa orang nak pandang, nanti aku juga yang cemburu”

“La..apa susah kau jalan dengan dia nanti kau tutup je muka dia dengan kain ke dengan topeng Power Rangers

“Ish kau nie..aku serius la…sebab tu aku nak pilih yang biasa-biasa je”

“Itu yang kau takutkan ke? Bukan ke wajah cantik dia tue Allah yang cipta? Jadi kita nasihat dan doa supaya dia jaga kecantikan dia tu. Jangan nanti jadi fitnah kepada kita terutamanya dan kepada orang yang memandangnya.”

“Tapi aku ni kuat cemburu. Nanti khawen. Takkan tiap masa aku nak cemburu?” Ujar kawan saya itu.

“Hmm..cemburu tu kan perasaaan, perasaan kan boleh dikawal dan diubah?” Jawab saya

“Ye..kena cari yang cantik la maksud kau?”

“Ye..yang cantik akhlak..kalau dapat cantik wajah itu bonus dekat kau. Tapi jangan nak main-main pula

Kalau kita kejar yang cantik muka. Memang banyak kat luar sana bahkan kita takkan dapat terkejar tapi carilah yang ada akhlaknya. Okay?”

“Okay, baiklah ustaz..ana dengar nasihat enta”

“Hahaha..ish, aku bukan ustaz, aku tak hebat la..aku hanya penasihat..hahaha.” Ujar saya menutup bicara

Ingatlah bahawa semuanya hanya pinjaman dari Allah. Kita akan kembali kepadanya. Itu pasti. Bila waktu dan masa hanya Allah yang mengetahui. Jadilah wajah indah kita itu wajah yang senantiasa mengikat tentang Allah bukan wajah yang selalu menimbulkan kata-kata fitnah kepada kita dan agama.



Wallahu'alam

Salam Ramadhan







In The Name of Allah The Most Gracious and Most Merciful



"Sekiranya umatku mengetahui kebaikan di bulan Ramadhan, nescaya mereka menginginkan agar sepanjang tahun semuanya menjadi Ramadhan. "
-Al-hadis-



Salam Ramadhan :)