Ukhuwah Fillah dengan kakak comel (ukhti Mastura) ^_^


Dengan lafaz Bismillah.

Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat ana berkongsi cerita yang tak seberapa ini. Baru-baru ini ana dipertemukan dengan seorang ukhti yang comel. Allahu. Tak sangka dengan izin Allah dapat ana  berta'aruf dengan dia. 

MasyaAllah, ana kagun dengan sangat dengan ukhti nie. Ana suka baca penulisannya di blognya. best sangat. Kalau nak dibandingkan dengan ana, seribu kali baik dia punya blog dari blog usang ana nie. hee :) Mai jenguk blog comel kak Mas

Lupa untuk ana kenalkan empunya diri. hehehe. Nama dia Siti NorMastura. Ana panggil dia kak Mas je. Tau tak kenapa ana tertarik dan kagum sangat dengan kak mas nie, sebab kak mas nie nikah muda tau. Allah. Impian ana tuh nak nikah muda. Alhamdulillah Allah dah pertemukan ana dengan dia melalui chat di facebook. Allahu. gembira tak terkata lah kan. huhu. bila sembang-sembang hati ana tergerak untuk tanya dimana kak mas tinggal. Dengan tak jangka rupa-rupanya kak mas nie tinggal di sebelah taman ana. Allah, Allah, Allah hebatnya perancangan Allah.

Kebetulan kak mas nie ada butik online jual barang-barang muslimat seperti tusung labuh, koleksi tudung-tudung. Nak tengok mai klik SINI. hehehe, (promote promote). ana pun tempah lah tudung labuh dari kak mas. Alhamdulillah sangat selesa. Sejuk je kainnya. Tak jarang. Alhamdulillah.



Waktu nie ana di rumah kak mas ambil tempahan tudung. Gambar di snap oleh zauj kak mas. Abg Afiq :)

Kak Mas,
Salam Ukhuwah Fillah abadan abada ^_^

Alhamdulillah




Dengan lafaz Bismillah..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah ana selamat menjadi tunangan orang. Syukur. Perancangan mengenai hari bahagia telah berlangsung. Tiada apa lagi yang ana harapkan dari sebuah hubungan taaruf yang terjalin hanyalah satu hubungan yang sah dan halal di sisi Nya.

Ya Allah, ana sangat sangat bersyukur dengan khabar gembira ini walaupun dalam hati ini ada sedikit debaran. Tapi ana yakin itu debaran yang menggembirakan. 

Ya Rahman Ya Rahim, Engkau permudahkanlah urusan ini. Semoga kami dapat di satukan. Jadikanlah hubungan ini halal buat kami untuk kami bersama sama mencari redha Mu. 

Ya Rabbi, Izinkan aku untuk menjadi seorang yang solehah kepada zaujku yang soleh nanti. InsyaAllah dengan izin Mu semua pasti dipermudahkan.
Aamiin Ya Rabb.

Doakan kami.
Alhamdulillah.



Bersalaman dengan bakal Mak mentua.



Buah tangan dari pihak lelaki. 



Maafkan aku. Aku bukan Srikandimu !



Dengan lafaz Bismillah,


Alhamdulillah,
ana panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. untuk hari ini dan selamanya.
Bagaimana kalian semua? InsyaAllah moga-moga sentiasa dalm lindungan Yang Maha Esa. 
Bismillah,
untuk entry kali ni, ana ingin berkongsi satu luahan seorang wanita sOlehah. Seringkali kita mendengar, 

“wanita itu perhiasan dunia dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita sOlehah..” 

Semua lelaki mendambakan untuk mendapat isteri yang sOlehah,
siapa tak nak kan? Seorang isteri yang dapat menemani mereka sepanjang kehidupan mereka. Allah. impian setiap lelaki. Tetapi, tahukah kalian, wanita yang di labelkan solehah juga merupakan wanita biasa?

Yang sudah semestinya mempunyai seribu kelamahan malahan mungkin lebih dari itu.

Hmmm....di sini, ana coretkan bersama luahan-luahan wanita solehah.

……………………………………………………………………………………………………

Seorang wanita, ramai lelaki yang meminatinya namun, 
wanita itu tidak member reaksi..
kenapa????
kerana wanita itu punya sebab nya.
renungkan dan muhasabah bersama, lelaki pertama memintai wanita itu kerana akhlaknya.
ketahuilah Ya akhi, bila kau melihatku dari dalam, sesungguhnya aku amatlah buruk akhlaknya
kerana aku hanyalah manusia yang bergelumang dosa. Allah T__T
Jika kau melihat kebaikan ku, maka kau akan menutup pandangan mu pada keburukan ku.
Jadi aku tidak dapat menerima mu, kerana pada mu aku seorang yang solehah.
Kau tidak akan lagi bersungguh-sungguh membimbingku.
Aku mahu kamu sentiasa mengingatkan ku tentang masa silam ku yang penuh dengan dosa-dosa.
lelaki kedua takjub dengan kewarakannya :
kau hanya melihat pakaian ku..
tapi pakaian sebenar..
akhlak ku bersama teman-tamanku tidak kau nilai…
aku juga manusia biasa…
tidak lepas dari sifat mazmumah …
ini mungkin akan mengejutkan mu bila kita menikah..
maaf aku tidak dapat menerima mu..!
aku suka dengan kecantikanmu :
ketahuilah kecantikan ku hanya luaran…
dan akan luntur…
adakah kau akan merima ku saat aku sudah berkedut,saat gigi ku tinggal dua?????
tidak mungkin kan..?

Aku akan kau tinggalkan.
lalu apa ertinya cinta mu..
lelaki ketiga kagum dengan cara dia menjaga ikhtilat.
Duhai akhi..
aku wanita yang setiap hari berperang dengan perasaan,
kadang-kadang aku juga tewas dengan nafsu ku..
lelaki terakhir pula kagum dengan ketabahan nya :
wanita itu tersenyum.
jawapannya:
aku wanita yang cukup mudah mengalirkan air mata…
kau tidak sedar kah?
tegar kah kau untuk menemaniku saat aku mennagis dan merintih hanya kerana kehilangan handphone ku atau kerana sengugut??

Sesungguhnya aku mencari lelaki yang akan menerima segala kekurangan dan dia membetulkan segala kesilapan ku dan tidak memuja ku atas apa yang zahir dri mata kasar.

Terimalah aku, bimbinglah aku…
Aku hanya wanita yang hidup di akhir zaman yang cuba menanam semangat serikandi-seikandi dahulu..
Maafkan, aku bukan srikandimu! 





Wallahu'alam