Kursus Pra Perkahwinan. Alhamdulillah




Dengan lafaz Bismillah.

Allahu Allah, Salam ukhuwah fillah sahabat semua. Maaf, lama dah ana menyepi. Walaupun dah tak sekolah tapi sibuknya mengalah orang yang sekolah ada 'homework' kan. heehe.

Alhamdulillah, minggu lepas ana telah menghadiri kursus pra-perkahwinan yang telah dianjurkan oleh Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) Kuala Kagsar selama dua hari. Sabtu dan ahad pada 7-8 September 2013. Sebenarnya ana orang luar. Maksudnya ana bukan dari kalangan kolej atau staff di KUISAS. Ana menghadiri kursus nie pun sebab encik tunang daftarkan. Maklumlah diakan budak kolej dulu.



Tapi sepanjang kursus ana dengan kawan kawan ana, dan dia dengan kawan kawan dia. Kami macam tak kenal antara satu sama lain sepanjang kursus. hehe, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Yang penting sekarang semoga Allah permudahkan urusan dalam membina masjid nie. InsyaAllah, Aamiin.



Ana dan sahabat ukhuwah fillah ana. Intan, ana sayang awak ! Syukran jazilan sebab sudi berkawan dengan ana. Semoga ukhuwah kita nie hingga ke Jannah Allah yea. Aamiin, InsyaAllah mudah mudahan.





Wallahu'alam




Ukhuwah Fillah dengan kakak comel (ukhti Mastura) ^_^


Dengan lafaz Bismillah.

Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat ana berkongsi cerita yang tak seberapa ini. Baru-baru ini ana dipertemukan dengan seorang ukhti yang comel. Allahu. Tak sangka dengan izin Allah dapat ana  berta'aruf dengan dia. 

MasyaAllah, ana kagun dengan sangat dengan ukhti nie. Ana suka baca penulisannya di blognya. best sangat. Kalau nak dibandingkan dengan ana, seribu kali baik dia punya blog dari blog usang ana nie. hee :) Mai jenguk blog comel kak Mas

Lupa untuk ana kenalkan empunya diri. hehehe. Nama dia Siti NorMastura. Ana panggil dia kak Mas je. Tau tak kenapa ana tertarik dan kagum sangat dengan kak mas nie, sebab kak mas nie nikah muda tau. Allah. Impian ana tuh nak nikah muda. Alhamdulillah Allah dah pertemukan ana dengan dia melalui chat di facebook. Allahu. gembira tak terkata lah kan. huhu. bila sembang-sembang hati ana tergerak untuk tanya dimana kak mas tinggal. Dengan tak jangka rupa-rupanya kak mas nie tinggal di sebelah taman ana. Allah, Allah, Allah hebatnya perancangan Allah.

Kebetulan kak mas nie ada butik online jual barang-barang muslimat seperti tusung labuh, koleksi tudung-tudung. Nak tengok mai klik SINI. hehehe, (promote promote). ana pun tempah lah tudung labuh dari kak mas. Alhamdulillah sangat selesa. Sejuk je kainnya. Tak jarang. Alhamdulillah.



Waktu nie ana di rumah kak mas ambil tempahan tudung. Gambar di snap oleh zauj kak mas. Abg Afiq :)

Kak Mas,
Salam Ukhuwah Fillah abadan abada ^_^

Alhamdulillah




Dengan lafaz Bismillah..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah ana selamat menjadi tunangan orang. Syukur. Perancangan mengenai hari bahagia telah berlangsung. Tiada apa lagi yang ana harapkan dari sebuah hubungan taaruf yang terjalin hanyalah satu hubungan yang sah dan halal di sisi Nya.

Ya Allah, ana sangat sangat bersyukur dengan khabar gembira ini walaupun dalam hati ini ada sedikit debaran. Tapi ana yakin itu debaran yang menggembirakan. 

Ya Rahman Ya Rahim, Engkau permudahkanlah urusan ini. Semoga kami dapat di satukan. Jadikanlah hubungan ini halal buat kami untuk kami bersama sama mencari redha Mu. 

Ya Rabbi, Izinkan aku untuk menjadi seorang yang solehah kepada zaujku yang soleh nanti. InsyaAllah dengan izin Mu semua pasti dipermudahkan.
Aamiin Ya Rabb.

Doakan kami.
Alhamdulillah.



Bersalaman dengan bakal Mak mentua.



Buah tangan dari pihak lelaki.